Tuesday, November 24, 2015

PLK MELAKA
Mel-PintuDepan 
Pusat Latihan KEMAS Melaka, Jalan Melor, Bukit Baru, 75150 Melaka
No. Tel : (06)- 282 4514 / No. Faks : (06)- 281 6827
(Pengetua : Encik Saharudin bin Sani)
Pengenalan
Pusat Latihan KEMAS Melaka dibina pada tahun 1961 di atas tanah seluas 3 ekar 2 kaki. Ianya telah dirasmikan pada 15 Jun 1963 oleh Tun Abdul Ghafar bin Baba iaitu Ketua Menteri Melaka ketika itu. Pusat Latihan KEMAS Melaka asalnya dikenali dengan nama Taman Asuhan RIDA dibawah Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar.
Pusat ini terletak di kawasan perumahan sederhana yang boleh dihubungi dalam jarak 6 km dari Pusat Bandar. Perjalanan dari Pusat Bandar mengambil masa lebih kurang 10 -15 minit menggunakan kenderaan awam. Pusat ini berfungsi sebagai Institusi Latihan yang menjalankan latihan pra perkhidmatan dan dalam perkhidmatan dan secara langsung diletakkan di bawah pentadbiran bahagian Latihan dan Kemajuan Kerjaya Ibu Pejabat KEMAS Putrajaya.
Tenaga pekerja terdiri seramai 22 orang, seorang pengetua dua orang Pembantu Tadbir, lima orang Pembantu Pembangunan Masyarakat (Jurulatih), seorang Pembantu Tadbir Rendah, seorang Pembantu Aam Rendah, seorang Penyelia Asrama Rendah, tiga orang Tukang Masak, dua orang Jaga, dua orang Tukan Kebun dan dua orang Pemaju Masyarakat Khas iaitu Pemaju Masyarakat Pusat Sumber dan Pembantu Tukang Masak.
Objektif
  1. Memberi Latihan pra perkhidmatan kepada bakal Pemaju Masyarakat TABIKA, TASKA dan PKK
  2. Memberi Latihan dalam perkhidmatan kepada anggota KEMAS bagi meningkatkan mutu kerja
  3. Menggunakan kemudahan yang sediada untuk kakitangan, pihak KEMAS dan lain-lain Agensi.
Lokasi
** Sila klik gambar untuk lihat lebih jelas.
peta lokasi ilk kl
Carta Organisasi

No comments:

Post a Comment